Pages

Total Pageviews

May 17, 2016

CIKGU MAT GOLOK

Hellooo Readers!!  

Hari ni aku rajin sikit nak menaip. Disebabkan dekat facebook dan twitter penuh dengan ucapan Selamat Hari Guru pada guru memasing, aku nak cerita sedikit kenangan aku dengan cikgu course yang paling garang. ye sangat garang. S A N G A T. 


Nampak tak aku dah besarkan perkataan sangat siap space lagi. serious garang ok. 


Nak dijadikan cerita aku mendaftar masuk ke sekolah teknik pada tahun 2004 dan disebabkan aku amik course binaan bangunan yang ada subject teori dan amali, maka kami akan ada cikgu kelas bengkel yang akan bersama kami selama 2 tahun. ibarat nya guru kelas kitorang la sebab dia ajar major subject course yang aku ambik tuuu. 


Dari orientasi lagi aku dah dengar banyak cerita dari senior2 yang cikgu bengkel semua garang-garang. Masa ni aku tak berapa nak percaya sangat. tapi bila senior dalam course aku sendiri bagitau yang cikgu bengkel paling garang antara cikgu bengkel yang lain ialah cikgu bengkel course aku, terus aku nak terkencing . 


Bila mula2 masuk bengkel dan diminta perkenalkan diri masing2 aku rasa memang neraka laaa hidup aku selama 2 tahun. Cikgu Mat Golok (nama samaran kat sekolah) Baju kegemaran dia tshirt hitam dengan seluar hitam , kasut kilat dan berbunyi bila dia jalan, sado, jelingan mata yang sangat gerun, punyai skill dalam membaling dengan tepat ke arah yang dituju, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia sangat sangat membimbangkan seisi kelas hahahha. Amacam ? real tak aku punya intro.



Cakap ? apa je aku dan rakan sekelas lain tak pernah kena? sepak? ketuk kepala dengan T Square? Baling dengan marker, pemadam papan hitam sampai kepala biol? bersila atas tar yang panas sampai habis kelas? yang paling selalu kena, kena stalait!!!  ahhh macam macam lagi, yang perempuan jangan harap dikecualikan . smua kenaaaaaaa!!



Dia punya ganas sampai kitorang hafal bunyi tapak kasut dia, hafal bunyi kereta dia. kalau dengar ja semua ni teruss ready nak kena pelangkong. walaupon ko rasa ko dah buat perfect kerja yang dia suruh, jangan harapp la tak kena. hahahah



Cikgu Mat Golok ni, hitam manis, Muka smart2 tapi garang ya amat!! Dia sayang kitorang tapi dia tak pandai nak tunjuk. Sampai la last year 2005 before SPM , dia buat kelas motivation 3 hari berturut untuk kitorang sekelas dan adik dia sendiri jadi motivator . Adik dia kira educated person la belajar london. so dia suruh adik dia skolahkan kitorang tapi version lemah lembut , bukan garang macam dia HAHAHA> 


And last 2 years before aku belum kahwin, aku ada contact dia tanya khabar, and dia still ingat aku siap ajak g ngeteh. GILA KEEE NAK NGETEH DENGAN CIKGU PALING GARANG WOI> hahahaha



Tapi cikgu paling garang la cikgu yang paling ingat dan banyak kenangan manis walupon dulu sangat pahit. Aku tau dia buat semua bersebab dan kitorang sekelas sangat appreciate walaupon dulu ada rasa nak berhenti sekolah hahahaha over


Selamat Hari Guru Cikgu, Stay garang dan sado ok!!


Nah aku selit sikit gambar sebelum kena ketuk dengan TSquare hahaha. Amacam? Kurus tak? hahahaha






Apr 29, 2016

HOMESTAY MURAH CANTIK DAN SELESA DI KUANTAN -TAMAN TAS KUANTAN

Hai Hai semua. Disebabkan hari ni aku agak free nak memblogging bagai, aku nak bagitau kat korang yang kawan baik aku si Farra dan Arif ni ada menyediakan perkhidmatan Homestay yang terletak di Taman Tas Kuantan. BloveHomestay yang berkonsepkan pink pinky pink ni sangat lah berbaloi untuk sesiapa sahaja yang merancang percutian ke Kuantan satu family sebab JIMAT BANYAK ye. Dah la murah dan berbaloi harga dia then satu family boleh duduk. Meh tengok gambar kejap Homestay BLOVEHOMESTAY yang pinky sweeeet sangat ni. 









SIMPLE BUT CANTIK KAN KORANG!


Jangan risau harga sangat berpatutan dan memenuhi keperluan bajet anda . Untuk sesiapa sahaja samada korang datang nak bercuti , hantar rombongan kahwin, anak anak konvokesyen keee,ataupun saja nak merasai kepinkyian dan kesweetan BloveHomestay ni SANGAT DIALU ALUKAN wokey. 


Info lain BloveHomestay ni mempunyai

3 bilik tidur : 1 Queen dan 3 Super Single

Peti Sejuk

Televisyen

Bantal Selimut

Dapur

So korang boleh masak so dah double jimat kat sini ok?










Info Penuh :


Terletak di Taman Tas Kuantan

Kemudahan Rekreasi

1. Berdekatan Dengan Bukit Gambang Resort City (15-20minit)
 2. Berdekatan Dengan Air Terjun Pancing (20-25minit) 
3. Berdekatan Dengan Sungai Lembing (30-40minit)
 4. Berdekatan Dengan Bandar Kuantan, Teluk Cempedak, Taman Gelora, Syurga Makanan Laut Tanjung Lumpur (15-30minit)


 Pusat Pengajian 

1. Berdekatan UMP, Matrikulasi Gambang, Kolej Komuniti Gambang, Sekolah Sukan (15-20minit) 
2. Berdekatan SEMSAS (3minit) 
3. Berdekatan Kolej Polytech Mara, Kipsas, Kolej Komuniti Paya Besar (8-10minit) 
4. Berdekatan Kolej Shah Putra, Kolej Komuniti Kuantan, Polisas, UIA, UITM Kuantan, MRSM Kuantan, PSDC (20-30minit)


 Kemudahan Sekitar Homestay 

 1. Banyak Gerai Menjual Sarapan Pagi, Gerai Mamak , Gerai Masakan Panas 
2. Berdekatan dengan pasar sekiranya pengunjung ingin memasak sendiri 
3. Kedai Runcit / Supermarket hanya 3minit dr rumah 
4. Makan Segera seperti Pizza Hut, KFC, Secret Resepi, Cool Blog dan Kopitiam 
5. Bank (Maybank)
 6. Petrol Pam

Kat mana nak hubungi BloveHomestay?

Tel : Ariff/Farra 014 5056800 whatsapp pon boleh


Korang nak book korang sebut je nama aku tiga kali kot la dapat special price hahahah. 


Nak cari Homestay? Ingatlah BLOVEHOMESTAY

okbyemuahsiked




Apr 28, 2016

Mulut Tempayan

Mulut Tempayan? Siapa dia pulak yang mulut tempayan niiii. Siapa dia yang bikin gue mengamuk sampai up entry ni korang? Aku taip sambil meniarap ni, punya la selesa hari ni baru lepas mandi and shampoo rambut guna rejoice, lepastu sambil bukak youtube dengar lagu and taip entry ni . 

tapi...

Siapa dia MULUT TEMPAYAN? 

hahaha btw aku dikategorikan sebagai seorang yang suka dengar lagu yang orang tak ramai dengar. maksudnya lagu2 underground lagu2 indie lagu2 alternatif. tapi tak semua la aku layan. kalau ada yang sedap kat telinga aku dengar, so aku akan repeat sehari 1499817391 kali sampai aku rasa nak muntah dengar lagu tu. Jenis pelik dan rare ni korang jangan terkejut sangat hokey? So now aku tengah layan lagu from HANI DAN ZUE MULUT TEMPAYAN. Sedap dan aku suka lirik dia. Korang dah try dengar belum? Lagu ni Zue siap rap rap sikit. peh cool gila. Hani plak suara memang power kottt. 



Lagu ni dari tajuk pun korang dah boleh agak lagu pasal apa kan. Best ok. aku layan 7392892 kali sehari k. hahaha Nah aku printscreen sikit gambar gambar versi HD dari official video diorang. Lawa Hani and Zue ni. Macam aku wakakkaa - perasan kooo.












Official Video diorang memang cool gila kot aku rasa. Style jugak buat background putih cenggitu. Siap ada dancers ada rapper. Nak nak ada penampilan Arlina Banana jugakk dalam video ni -  twt and instafamous ni kalau korang kenal la.  And ramai lagi blogger2 and instafamous dalam video ni. aku je takde sebab tak bape nak famous hahaha. 
Arlina Banana


Nah siapa nak dengar lagu ni, aku link kan terus Official video dia, Layan 6798289 kali k?




Tetibe nak buat segmen "Ezan dengar lagu apa?" sebab macam banyak je lagi lagu yang aku nak stroy kat korang? wahaha,

okbyemuahsiked