Pages

Total Pageviews

Jun 18, 2012

RIP sayang

Aku taktau sebenrnya mcm mana nak mula entry ni walaupun sebenarnya aku dah pun mulakan entry ni. Sentap-sedih-kesal. 

Ecely seminggu lepas aku kenal dia, dia datang rumah aku, kurus, kecik, comot, kotor sangat, badan dia putih, tapi mcm nampak kelabu sebab dia kotor, aku amik, aku mandi kan dia, and untuk-pengetahuan-korang aku punye takut pada kucing tu boleh dikatakan tahap takut nak mampus. tapi dengan dia ni, aku tak tau mana keberanian tu datang.

lepas tu aku belikan dia makanan kucing since aku tengok badan dia memang lansung takde isi, aku nak dia gemuk. aku tengok dia makan, aku pandang dari jauh, sebak gila tengok dia rakus gila makan. aku senyum je, aku takut nak pegang, aku takut. masa mandikan dia pon aku suruh adik aku pegangkan.

semalam, aku dan adik beradik yang lain, nak bagi nama dia, putih, lulu, lili, zainab, tasha, macam macam smpai dia pon mcm suka bila kitorang panggil dia dengan nama nama tu dia ngiau, aku panggil dia dengan nama zainab. lepas tu dia ngiau tanda tak suka. haha. 

bila aku nak pegi keje tadi, aku beranikan diri aku dukung dia, aku peluk, tiba tiba dia macam manja gila dengan aku, dia tenung aku. mata dia cantik. dia dah gemuk sikit sejak seminggu aku jaga dia, aku peluk dia kuat lepas tu aku lepas. kebetulan mak aku masak daging hr ni, dia punye suka pada daging adalah gila gila berbanding ikan, aku bagi dia makan, dia melompat lompat dapat daging tu. 


hari ni, aku balik kerja, adik aku bgtau. kak, kucing dah mati. aku lari cepat2, aku tengok dia mati kat luar rumah. ternganga, aku taktau nak cakap apa, aku nangis kat situ, aku telefon mak aku, kakak aku, bgtau smbil nangis, aku taktau kenapa aku boleh nangis sebab selama ni aku pelik mcm mana org boleh nangis dengan kematian kucing. tapi kali ni aku berada di tempat tu. aku rasa dia mati tercekik daging. daging yg aku bagi. aku rasa bersalah gila sebab aku rasa mcm aku yang jadi punca dia mati. 

dan aku masih belum bagi nama dekat dia. 

aku tau, renungan dia tadi sbnrnya nak bgtau yang dia akan tggalkan aku, bukan utk sehari, tapi untuk selamanya. 

serius aku tengah nangis sekarang. 


RIP sayang. 


39 comments:

  1. hmm.nk buat cane.ajal dia dh smpai..jgn sedih2..

    ReplyDelete
  2. aku dah lama tak bela kucing dan tak pernah bela lagi dah semenjak ia mati atas kesilapan aku. mati lak dekat dgn tuannya.

    ReplyDelete
  3. hooo

    minyau saya baru je mati bulan lepas

    sedeyyyy

    ReplyDelete
  4. hg patut bagi nama dia abg ba.. baru dia sihat dan cergas..

    ReplyDelete
  5. kesiannya..mungkin sebab kucing tu teruja sgt kot dpt daging..tp tu lah, apa boleh buat..masanya da sampai..tuan belog sabar k..

    ReplyDelete
  6. xpe ezang.
    cari miow baru.em em em

    ReplyDelete
  7. sabar eh akak..dh ajal kucing tu

    ReplyDelete
  8. aduhai ezan.. akak ni pn dh byk kali hadapi benda ni. sedih ttp sedih stp kali berdepan dgn situasi mcm ni & akak paham..

    ReplyDelete
  9. selalunya kalau baca entri ezan ni,dah ready nak gelak kaw2. tapi kali ni, serius sedih!

    aku ni pecinta haiwan terutama kucing. :(

    ReplyDelete
  10. tumpang sedih... sy pun pencinta kucing tau... sob.. sob... sob... tak pe... abg ba boleh belikan yg baru...

    ReplyDelete
  11. kesian kucing tu mati tercekik daging..

    sama ah...

    rumah saya ada anak kucing mati gak, penat kitorang bela seminggu. :(

    ReplyDelete
  12. lisa sughihani pun suka kucing.



    maknanya lu cun mcm lisa

    ReplyDelete
  13. ezan, Allah sayangkan dia. mesti ada menyusul meow lain nanti sebab Allah nak test hati ezan sebenarnya. disebabkan ezan dah lulus ujian, insya Allah, nanti ada meow lain datang ye. sabar.
    :D

    ReplyDelete
  14. sabar ezan.. ermm, nt ada la pengganti tu..

    ReplyDelete
  15. kucing sy mati tanpa sy di sisi..sedih sgt :(

    ReplyDelete
  16. tacinggggg dotcomdotmy.

    serius aku pun takut kucen
    tapi serius aku pun sedih

    ReplyDelete
  17. Aku pernah rasa perasaan itu, . . . . .
    Kucingku mati berbuih-buih mulutnye, . .

    Takziah, . .
    Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

    ReplyDelete
  18. miaw kecik saya nama pico pun baru mati kena langgar kereta.

    sekarang awak buat saya rindu miaw kecik saya.

    ReplyDelete
  19. RIP miau syg. apa yg DIA bg pinjam, pasti dia akan ambil kembali. ok dear?

    ReplyDelete
  20. Menyentuh hati. Kisah pendek yang bermula indah dan berakhir sedih.. Dah masa dia takat tu je.. RIP kucing..

    Aku pun baru je jadi lebih sayang pada kucing tak macam sebelum ni. serius aku tersentuh.

    ReplyDelete
  21. Sedihnye ezan.. Bgenang air mata bace.. Now im not in my kg.. So rindu kat kcing2 kat umah..

    ReplyDelete
  22. anak kucing adik lin pon baru mati..sedih..dah la comel :(

    ReplyDelete
  23. sedihnyer sis..huhu.. sy pn bru je bela anak kucing, hrp2 dy idup lama,,huhu

    ReplyDelete
  24. Jangan bersedih2..nanti bela benda lain pulak..

    ReplyDelete
  25. Ok. Dapat satu ilmu.
    Orang yg takut kucing tak semestinya tak suka kucing.

    ReplyDelete
  26. pandang kucing dari jauh pon dah boleh buat hati tenang. sangat sedih tengok kucing mati. sobs

    ReplyDelete
  27. so, bila nak buat tahlil?

    ReplyDelete
  28. First aku rasa nak nangis. Lepas scene kau cakap tercekak daging aku gelak. hahaha. Cam kelakar, kejam giler aku. takpe la sabor jer, nanti cari kucing lain ye...

    ReplyDelete
  29. kami dari Suffer8zine Territory mengucapkan takziah atas kematian kucing. Semoga tabah.

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa