Pages

Total Pageviews

Apr 28, 2016

Mulut Tempayan

Mulut Tempayan? Siapa dia pulak yang mulut tempayan niiii. Siapa dia yang bikin gue mengamuk sampai up entry ni korang? Aku taip sambil meniarap ni, punya la selesa hari ni baru lepas mandi and shampoo rambut guna rejoice, lepastu sambil bukak youtube dengar lagu and taip entry ni . 

tapi...

Siapa dia MULUT TEMPAYAN? 

hahaha btw aku dikategorikan sebagai seorang yang suka dengar lagu yang orang tak ramai dengar. maksudnya lagu2 underground lagu2 indie lagu2 alternatif. tapi tak semua la aku layan. kalau ada yang sedap kat telinga aku dengar, so aku akan repeat sehari 1499817391 kali sampai aku rasa nak muntah dengar lagu tu. Jenis pelik dan rare ni korang jangan terkejut sangat hokey? So now aku tengah layan lagu from HANI DAN ZUE MULUT TEMPAYAN. Sedap dan aku suka lirik dia. Korang dah try dengar belum? Lagu ni Zue siap rap rap sikit. peh cool gila. Hani plak suara memang power kottt. 



Lagu ni dari tajuk pun korang dah boleh agak lagu pasal apa kan. Best ok. aku layan 7392892 kali sehari k. hahaha Nah aku printscreen sikit gambar gambar versi HD dari official video diorang. Lawa Hani and Zue ni. Macam aku wakakkaa - perasan kooo.












Official Video diorang memang cool gila kot aku rasa. Style jugak buat background putih cenggitu. Siap ada dancers ada rapper. Nak nak ada penampilan Arlina Banana jugakk dalam video ni -  twt and instafamous ni kalau korang kenal la.  And ramai lagi blogger2 and instafamous dalam video ni. aku je takde sebab tak bape nak famous hahaha. 
Arlina Banana


Nah siapa nak dengar lagu ni, aku link kan terus Official video dia, Layan 6798289 kali k?




Tetibe nak buat segmen "Ezan dengar lagu apa?" sebab macam banyak je lagi lagu yang aku nak stroy kat korang? wahaha,

okbyemuahsiked





Apr 22, 2016

TRIP TO KK- PENGALAMAN KE KOTA KINABALU PART 2


Nak baca Part 1 ? Click link bawah ni tau!



Hi semua sorryyyyy part 2 lambat sikit update sebab mood pergi bercuti ke mana tah tak datang datang ahaha.  Ok part 2 ke Kota Kinabalu. Lepas je aktiviti bergambar dekat bangunan2 berdekatan Gaya Street tu, kitorang pon terus pergi Muzium Sabah. Aku memang suka melawat muzium ni sebab aku suka sejarah. Aku sangat suka baca sejarah2 sesuatu tempat kalau aku p melawat tempat tersebut. Kalau orang tengok2 gambar je kan, aku siap baca deskripsi siap tenung pastu siap imagine cemana orang dulu2 punya style. 


Ada satu gambar tu dia cerita pasal cara cara satu kaum ni memuja apa tah, kemain aku dok bayang demeh puja siap imagine baju apa demeh pakai kakaka. punya la beriyer . So melawat Muzium Sabah adalah satu kewajipan . Harga ticket yang sangat berbaloi baloi cuma RM2 untuk korang tahu sejarah Negeri Sabah dan kaum kaum yang terdapat di dalam negeri di bawah bayu ni. Fee untuk kanak kanak pulak FREE je!









Sebelum masuk, kita snap pic dulu dekat luar, memandangkan dekat dalam tak boleh langsung bergambar. Yela kata Muzium kann. So korang kalau nak tau apa yang ada dalam Muzium Sabah ni memang kena datang tau!






Banyak info info yang aku dapat bila melawat Muzium Sabah ni. Misalnya, bagaimana dan bila Sabah, Sarawak, Singapura join Malaysia. Siap ada surat khabar pada tahun Borneo merdeka. Ada ukiran kayu muka Tunku Abdul Rahman , PM first kita dan ukiran2 muka mereka yang banyak berjasa dalam membangunkan Sabah. Selain dari tu, banyak menceritakan tentang gaya gaya etnik dan budaya kaum2 di Sabah. Barang Purba yang bersejarah dan macam macam lagiii laa. Masuk2 je Muzium ni korang akan nampak tulang ikan paus yang besar gilaaa. Nak tau lagi info korang pi website bawah ni



Selesai melawat dalam muzium, kitorang pon menapak keluar ada satu tangga kecik turun kat situ ada banyak gila rumah rumah contoh kaum kaum di Sabah. haa bawah ni boleh snap pic bebanyakk. 






Selepas habis meronda ronda di sekeliling Muzium Sabah ni, aku dengan Oi singgah Masjid Terapung atau lebih dikenali sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Subhanallah cantik sangat guyss ;')




Perut dah lapar, dan restoran yang menjadi pilihan aku dengan Oi ialah Restoran Kak Nong. Sedap! Aku rasa Restoran Kak Nong ni agak famous kot sebab memang ramai gila orang lunch kat sini. Menu dia plak banyak choice. No wonder laaa ramai kan..  




Nah aku snap gambar menu and harga dia. Ok la tak la mahal melampau bagi aku. Tempat tourist kekdahnyeee.





Mula mula aku nak order Mee Ayam Pangsit ni, nampak macam sedap. Tapi disebabkan tak pernah rasa and tengah lapar plus takut spoil lak kalau tak sedap kann. Maka aku order nasi ayam penyet jek hahaha. Pi sabah jauh2 nasik ayam penyet gak ko cari ezan oiii, 



Oi plak order Nasi Ayam Buttermilk. Sedap gakk.  Semua semua ni dalam RM40 somethingg la jugak. So far ok la sebab makanan sedap. So kalau orang tanya tempat makan sedap di Kota Kinabalu sabah, Restoran Kak Nong salah satu cadangan aku. Cewah





Nak citer pasal Dessert ni, aku biasa la over kan amik banyak2 lepastu tak makan hat tiga ketul warna warni dalm bekas tu. Yang layer cake tu rasa coffee sedapp! Yang sebelah tu apam kaya , biasa biasa jek boleh telan la. Yang tiga ketul tu serupa kuih kociii tapi dia punya inti kacang tumbuk tp tawar jek. so tak berapa kena dengan tekak. ingat kan rasa manis2 kakaka. dah la mahal lepastu tak mkan. perangai koooo. hahhaa 
Tapi mana tau lepas ni tersuka plak yedak? eh kejap tak gemor kejap tersuka. pasal makan boleh aje nak tersuka tetiber je hahaha. 


Okay tu je nak cerita pasal Kota Kinabalu, Next entry aku cerita road to Kundasang Ranau and Sandakan plak kkk. Thanks korang sudi baca!














Mar 18, 2016

TRIP TO KK- PENGALAMAN KE KOTA KINABALU PART 1



Hai semua semua. Hari ni nak kongsi sikit kisah i pergi jalan jalan ke Sabah buat pertama kali nyaaa! Sebenarnya perjalanan kali ni boleh dikatakan aku pusing satu sabah sebenarnya cewah, haha takdelah. Ringkasan perjalanan nya begini KL-KK-RANAU KUNDASANG-SANDAKAN-KL.  So dalam perjalanan ke semua tempat ni, banyak tempat aku singgah. Jadinya aku kena la pecahkan cerita one by one by place. Sebab kalau tak, tahun depan belum tentu habis korang khatam. wakaka. 

Untuk transportation, aku tak sewa mana mana kereta sebab Oi memang kerja kat Sabah which is Pinangah, so memang menggunakan sepenuhnya kereta company dia. and sorry tak boleh nak bagi suggestion kereta sewa. 

Flight to Kota Kinabalu, 7th Feb 2016 RM 189 and balik 10hb feb flight from sandakan to KL RM279. almost 500 A bit mahal lah sebab dekat dekat dengan public holiday : Chinese New Year. Tapi Bawah 500 kira standard price. kalau dapat promo lagi murah duh. tapi takpeee. laki ai belanja ngahaha, 


Maka bertolaklah i seorang diri dari KL. Disebabkan kakak aku hantar straight to KLIA2 so dah jimat lah sikit duit trasnport ke sana. Cadang nya nak naik sky bus kat kl sentral je RM11 sahaja. Sebab kalau naik ERL RM55 peh menangis noks. 

Btw this is my first time naik flight sensorang. before ni ramai2 . Mula mula cuak lah jugak. siap baca tips how to naik kapal terbang for beginner kottt punya la cuak. wakakka tapi bila dah reti, hamboi macam makan kacang je senang dia. *berlagak*

Before pape cek gate kat mana dulu, Karang salah masuk nayee. Flight aku Gate j17 jauh hujung sekali. tapi takdelah sampai berpeluh jalan. Flight pukul 7.20 dan disebabkan aku sampai dalam pukul 5 so aku ada masa dalam 2 jam lagi nak dihabiskan. nasib baik dapat wifi free 3 jam kat dalam boarding gate tu. 



semua sedang menunggu






Sistem kat KLIA2 ni dah power la sikit dari lcct dulu, Ada bridge terus masuk perut kapal terbang , Tak payah nak menapak jauh jauh dh.




Sampai akhirnya! kl-kk 2 jam setengah. Dekat pukul 10 jugak sampai niii sebab delayed almost setengah jam. Sampai2 je terus snap pic flight yang aku naik *nampak agak jakundisituh* Dan paling best tersnap sexy back mr pilot kkakaa. sexy kewww? ups tapi yeke pilot? kakaka lantakk!



KK airport





Sampai-sampai je Oi bawak aku pi dinner. perut dah lapar sebab masa kat Klia2 just beli roti dengan air vico since dekat dalam boarding tu memang ada kedai so tak payah nak menapak keluar bagai yedokk. 

 So first kitorang pergi makan dekat Pasar Philipine , dekat sini mostly korang akan jumpa makanan laut macam bakar2 tuh. So memang favaorite aku jugak laa. Tapi harga jangan expect murah ye , dah nama pun sea food yedakk.  Kat sini jugak aku tengok banyak jugak jual barang2 tradisional sabah dan makanan tradisional sabah untuk dibawa pulang . Tapi aku focus nak makan je, so tak berapa nak into sangat tengok souvenirs bagai ni wakaka. tak mak mak langsung. :P

Aku order ikan siakap bakar, Oi yang order udang harimau besar lengan ni dengan sotong 6 ketul ni. Sedap ke tak? Sedap nak mampuis weyhhhhh. aku rasa dia memang dah marinate lama before bakar sebab dia punya rasa tu sampai ke isi dalam pehh. dengan pencicah pelbagai jenis lepas tu makan dengan nasik panas2. kembung perut weyh. hahaha tapi terbaik.  aku tak ingat pun kedai no berapa, aku belasah je nasib baik sedap. Harga? Udang tu sekor dah RM38, Nasi dua , sotong 6 ketul, Ikan siakap small size, air coke and soya total RM92. Ok ke idok? 



Lepas makan just jalan2 dekat Gaya Street (macam uptown) di mana kat sini korang boleh la shopping mutiara sabah and macam2 lagi laaa . Then pusing2 KK tengok suasana malam, tapi nothing special pun, tapi yang best nya angin pantai tu buat feel mood vacation sangat. Mana tak nye dia punya laut tepi jalan raya je woih. agak kalau boring2 jalan jem, boleh feeling lepak beach wakkaa. korang hado?

First night aku dah siap booked hotel awal2 tak lain tak bukan Tune Hotel. Aku pon taktau kenapa aku pilih tune sedangkan aku tak berapa nak recommended pon kat orang sebab pernah stay bfore this kat penang masa animun. Sempit+tak berapa nak bersih. Tapi disebabkan harga dia yg murah kot, menjadikkan aku terrrboooking lagi sekali kat KK ni. cuma RM73 include towel, toiletries and aircond (no window)






So far kalau setakat korang nak tidur kejap aku rasa ok jek. tapi kalau korang jenis fussy bende2 remeh aku rasa better cari hotel lain even ko bayar 98 pon tapi hotel tiptop kot. Hotel? Trivago! kakaka tiberrr. 



So! esok nya sesi carik breakfast di Bandar Kota Kinabalu. Disebabkan aku pergi ni time Public Holiday, Chinese New Year, So agak lengang la since banyak kedai tutup. Tapi aku jumpa kedai Dah Hin Kartini ni so aku redah je la, sedap tak sedap belakang kiraa. 





Senang mudah dan cepat kitorang just order nasi kuning ayam. Nasik ni aku rasa memang tradisional makanan sabah kot. Rasa dia mcm korang makan nasik ayam dengan ayam masak sambal merah. Sedap! Ada ikan jugak. Rm3 je sebungkus. ok la kann. 

Lepas makan kitorang menapak amik gambar dekat dekat situ jeee. enkorang jangan tanya kenapa aku "kurus"





Tetiber terjumpa bangunan tak siap tapi penuh dengan art. so hape lagi, acah acah hispter la kejap






dan ni lorong lorong belakang sesuai sangat kan wall enko nak buat gambaq nampak hipsturrrrr sangattt, wakakaka









Hokey nanti aku sambung part 2. mengantuk sangat dah ni. esok kerja. btw sory trip kali ni aku tak pi pulau bagai2 tu, sebab masa singkat kat kk  petang tu dah nak gerak kundasang ranau. so just buat aktiviti kering jekk. basah2 tadak. kakkaa




NAK BACA PART 2? KLIK LINK BAWAH NI TAU