Pages

Total Pageviews

Dec 20, 2013

apehal mata aku ni?

mata aku kene ketumbit ni, aku rasa aku mana ada intai orang . intai diri sendiri tu biasa ah. hari hari aku intai ork kakkaka.


tapi ye ke kalau mate kene ketumbit ni sebab mengintai orang?

habis nanti TERintai suami cane?

hari2 ketumbit la mata yedak?

eh risaulah.

Dec 10, 2013

Percutian Ke DANOK Thailand. Percutian la sangat!

Hai semua. 

Hari ni aku nak cerita percutian acah acah ke luor negara ke danok padahal selangkah je dah sampai. haha. 

Aku pergi kenduri kawan aku Ally yang dalam entry ni, belah Bertam, Penang berserta dengan lima gadis yang lain. 


 
Tahniah 1000 kali ally dan suami

Disebabkan sekangkang kera je danok dengan Penang maka kami pon berhasrat la nak bercuti cuti sambil bermassage massage  ke danok, Thailand


Sebelum tu kami singgah Alor Setar dulu, rumah Aliazwa untuk bermandi manda dan tukar baju. Berlengas jugek nak pakai baju kurung g danok ork. kakkaa. Daripada Alor Setar, kedah tak jauh pon nak pergi danok ni. Kami naik dua kereta dalam sejam sahaja. Bapaklaa dekat woi.

apa yang enkorang perlukan nak masuk danok mestila pasport bagi yang takde border pass. sape yg lahir dekat kelantan dengan kedah gune border pass je. 

Sampai je sana terus serbu kedai supermarket dia sebab barang2 kat sana murah plus aku mmg nak cari nescafe yang kat mesia takde. buat stock orgkabo. 

Sempadan Danok dengan kedah. Sumber

Lepas tu aku pergi cari baju i love dannok tapi disebbkan takde aku beli je la i love hatyai. Sehelai untuk aku sehelai untuk bigboss. 


Ni je la hasil tangkapan


kemudian kami makan di kedai makan tepi jalan je. org islam punye kedai masak tomyam bapok sedak. disebabkan aku pelahap dan tak dan nak amek gambo maka dukacita lah dikmaklumkan tiada gambo untuk tatapan enkorang. 


Dan acara paling best dan kemuncak apabila masok thailand ialah MENGUURUTTTTTTT woiii. sedap pohpaleh!!  Aku just buat foot massage je sebab tak sempat nak buat full body memandangkan mmg nak kuar balik mesia malam tu jugak before 12mlm. 

Muke memasing stim habis kakaka





memang terbaik ah dia urut . rm25 je untuk kaki. full body 50 hengget sejam. kalau kat sempadan danok ni diorg still terima duit mesia. maka tayah tuko pon takpe. 

so selama beberapa jam je dekat negara orang aku rasa dah macam kat oversea kau. selangkah je ko masuk kat negara dorang terus rules lain, bahasa lain, peel lain, semua la lain. kadang kadang nak beza pompuan gn pondan pon susah kalau kat tempat derang ni.  Ok yang bawah ni aku ye bukan pondan.


 


okeylah tu je nak cite. korang yg nak pergi jangan lupa massage , kalau tak nescaya enkorang tergolong dlm golongan org yg rugi. kahkah


ah rasa nak massage full body pulak lepas ni. kbye



Dec 8, 2013

Pi kedah habaq hang

Hang tau tak. ceq pi mana minggu ni. haaa ni nak habaq. cek pi kedah habaq hang. ceq nak cita panjang tapi ceq bz . nnti habis kerja ceq updet kat hangpa. hangpa layan gambar ceq sat. gambaq jakun kat bendang. kahkahkah





kbye


yg aku tetibe cakap kedah paseypa. kakaa

Dec 5, 2013

BRAZIL - IAN ?

Petang ni lawak gila aku rasa nak ketawa sampai menangis kahkahkah

Cerita dia macam ni. Waktu lunch aku keluor beramai ramai dengan kakak kakak ofis aku. Lapar gila. Kebetulan pulak bawah ofis aku ni ada satu hair saloon baru bukak. lepas tu dia letak signboard beso besor promotion macam macam. 


ada satu promotion ni dia tulis BRAZILIAN. aku pon tanya kakak ofis aku tau tak apa maksud brazilian tu. diorang kabo taktau, aku pon suruh diorang balik ofis nanti google image. 


sampai je ofis masing masing tak sabar nak tau brazilian tu apa. terus google. 

sekali....

hamek ko dua dua jerit maki maki aku kakakaka. lepas tu dok buat muka heran apesal org ada provide service macm tu hahahahahaha.


 korang tau tak brazilian tu apa? nak google image lettewwwwwww.


 

Dec 3, 2013

Azmah Ahmad Wedding Decor by Puan Mila - Terbaik Wokkkk

Hari tu aku sesaje instagramwalking. sambil instawalking sambil search la tengok mana mana design pelamin yang cantik. usha punya usha aku terjumpa satu insta wedding decoration ni melalui hashtag #pelamin . Sekali tengok terus klik dekat gambor sebab cantik gile wokkk. berpinor mate keh melihatnye. 

enkorang tak percaya meh tengok dia punye pelamin deco yang paling menarik minat hati aku










 


SIMPLE TAPI MEWAH WOI. 


aku memang suka gila lah design pelamin simple main dengan dua colour macam ni. tak nampak serabut dan tak nampak crowded . nampak simple tapi mewah. daebak laa!!


Bagi aku design dan idea owner Azmah Ahmad Wedding ni sangat sangat fresh dan tak serabut. sebab tu la pelamin dia mcm naik gila walaupon dia tak guna banyak props pon. kain tirai , bunga dan perabut perabut comel serta lighting je dah cukup. arghhh! comel gila!





dan hand bouquet dia pon sangat lawooo!









serius tak menyesal langsung kalau ambil khidmat Azmah Ahmad Wedding woiii.


Cantik takleh runding lagi dah.


SO! nah facebook link dan insta dan blog untuk korang yang nak mengunjungi blog diorang

Facebook : Azmah Ahmad Wedding Decor
Instagram : azmahamhadweddingdecor
blog : AzmahAhmadWeddingDecor    &   AzmahAhmadWeddingDecor



oh btw dia ada buat GIVEAWAY untuk Bride to Be 2014. dah alang alang aku suka design diorang aku pon terus lah join sekali ni. hadiah dia berupa bentuk

1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco
2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)




dan aku nak ajak 3 orang bridetobe untuk join

1) Dani
2) S. Faezah
3) farehan

sesiapa yang aku tak tag tapi berkobar kobar nak join sampai meluap luap semangat tu nah klik link ni.


AH TAK SABAR RASE NAK KAWEN WALAUPUN MAJLIS AKU LAMBAT LAGI. KAKAKAKA



Dec 2, 2013

JOM MENDERMA - Donate to help the victims of Typhoon Haiyan with your churp churp earning.

Dah lama aku tak bukak account churp churp ni. Dulu selalu jugak bukak, tapi disebabkan aku tak berapa aktif maka earning pon ciput je. nak tau berapa aku dapat?




 Hah tu je la yang ade dalam account churp churp aku. kakakaka

okey la yedak dari takdek.



Dan tadi aku bukak acc churp churp aku, ada link untuk donation pada mangsa taufan kat philipine. So senang la kerja, duit ni tak boleh cashout selagi tak cukup 100. maka jom la kite cashout kan dengan cara menderma pada mangsa mangsa taufan. sambil berblog sambil menderma kan? Sikit pon takpe, yang penting ikhlas.





Klik link ni untuk menderma CHURP CHURP


selamat beribadah!

Susah rupanya cari hantaran untuk lelaki

Semalam aku dengan ahli jawatan kuasa keluar shopping lagi. kali ni nak aim Wallet dengan Belt. Hari tu aku beli perfume dapat Voucher Metrojaya 60 ringgit. Expired date dia pulak 1 disember. Nak taknak memang kene cari jugak barang utk bigboss yang kat sabah tu.


Aku pusing satu level metro jaya gak lah nak mendapat wallet dengan belt ni. Sebab bigboss minat yang 3 quarter pulak. panjang pon tak kecik pon tak. ingat senang ke woi. ni first time ni aku carik wallet untuk lelaki. biasa ayah aku beli sendiri, kalau aku pilih mesti dia tak berkenan. kalau mak aku pilih berkenan pulak? benci ai.

lepas tu belt pulak nasib baik adik dia ikut sekali. pinggang sama so ukur teros. kalau pinggang aku ramping sangat nanti tak cukup lubang. amboi


Last last dapat gak la seketul belt dan seketul wallet.  semoga pilihan aku menjadi kesukaan beliau sebab kalau tak suka aku merajuk . 




P/s : amboi dah pandai merajuk? tampo nak?


Weh aku nak tanye ni. enkorang tau tak mana alquran siap dengan tafsir yg jual online?